Pelabur Taiwan dipelawa melabur di Johor

 

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri mempelawa pelabur-pelabur daripada Taiwan untuk terus menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan mereka.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata di bawah pelan transformasi Johor Growth Vision, negeri ini berada di landasan terbaik untuk melabur dalam pelbagai bidang.

“Johor bakal menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan destinasi pilihan untuk pelaburan  dengan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mapan didorong oleh teknologi baru,  infrastruktur moden,  tenaga kerja yang mahir, persekitaran perniagaan yang berdaya saing dan ekosistem dan perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.

“Saya amat yakin bahawa terdapat banyak bidang lagi untuk diteroka antara Malaysia dan Taiwan, terutama di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam bersama Delegasi SME’s Honor Instructor Association New Taipei City, Taiwan di sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial