Pelan Induk Pelancongan di Perkenal

KULAIJAYA : Johor memperkenalkan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor bagi merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin, berkata dengan adanya pelan itu, ia dapat mempromosi dan memasar produk dan perkhidmatan pelancongan Johor dengan lebih efisien.

"Kita mahu pelancongan negeri ini sebagai yang berimpak tinggi. Sebab itu kita bangunkan pelan ini menerusi kekuatan pelancongan yang ada di setiap daerah di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena majlis pelancaran Pelan Induk Pelancongan Johor 2014-2023 dan 'Explore Johor Fest' 2014, di Lapangan Terbang Antabangsa Senai, di sini, Jumaat lalu.

Jelasnya, pelan berkenaan dibahagikan kepada 11 kluster termasuk warisan, gaya hidup dan beli-belah dan akan menjadi rujukan utama jabatan, agensi dan penggerak-penggerak pelancongan bagi peningkatkan industri pelancongan.

Beliau berkata Johor amat kaya dengan alam semula jadi, namun ini perlu ditambah nilai dalam usaha merealisasikan kehadiran 4.5 juta pelancong tahun depan berbanding 2.9 juta tahun lepas.

Katanya, Johor tidak boleh sekadar berbangga dengan beberapa projek mega seperti Johor Premium Outlets, Taman Tema Puteri Harbour, Pinewood Studio dan Legoland, sebaliknya perlu memberi keseimbangan antara kehendak penduduk tempatan dan antarabangsa.

"Melihat contoh Maldives, ia mempunyai kekuatan destinasi pelancongan. Mengapa mereka berupaya melakukannya? Maldives dikenali sebagai negara kelas ketiga daripada segi ekonomi tetapi ia mempunyai produk pelancongan kelas pertama.

“Untuk menjadi magnet pelancongan global, Johor memerlukan produk mempunyai identiti dan nilai tersendiri supaya mampu menjana ekonomi sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,” katanya

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial