Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 didik pengguna jalan raya

KOTA ISKANDAR:  Kerajaan Negeri merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 bagi menekankan program-program keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, antara yang terkandung di dalam pelan berkenaan adalah pendidikan dan langkah-langkah psikologi dalam menangani isu keselamatan jalan raya serta mengurangkan kecuaian manusia dengan menggabungkan kepakaran teknologi seperti kamera perangkap had laju.
 

"Program-program keselamatan jalan raya ini akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti setempat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan sumber PDRM, penyebab kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah kerana kecuaian dan sikap pengguna jalan raya sendiri iaitu akibat memotong kenderaan, terbabas sendiri, melanggar belakang, keluar dan masuk simpang jalan, melawan arus serta menukar lorong.


 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial