Pelan Pertumbuhan Strategik Johor Mampu Jadikan Johor Negeri Berpendapatan Tinggi

JOHOR BAHARU: Pelan Pertumbuhan Strategik Johor akan dilancarkan pada akhir tahun ini
bagi memacu pertumbuhan ekonomi di samping menjadikan Johor sebagai negeri berpendapatan
tinggi.

Menteri Besar, Dato’Mohamed Khaled Nordin berkata pelan komprehensif itu nanti akan
dibangunkan berdasarkan kepada kekuatan sumber ekonomi yang terdapat di setiap daerah
supaya pembangunan di negeri ini sentiasa bersifat inklusif.

"Pelan ini sedang dalam peringkat kajian dan akan siap pada akhir tahun ini. Kita bukan sahaja
mahu menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan pelaburan, malah kemajuannya adalah
setanding dengan Singapura.

"Kalau kita tidak membangunkan Johor, sudah tentu rakyat akan bandingkan negeri ini dengan
negeri-negeri lain di negara kita dan Singapura yang akhirnya rakyat akan cakap Johor hanya sekadar negeri
halaman belakang Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya sempena majlis perjumpaan bersama anggota
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Johor, di sini, hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohamed Khaled mengingatkan anggota Kemas di negeri ini supaya terus
memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya mengenai
matlamat, rancangan, visi dan misi kerajaan pusat serta negeri.

"Peranaan anggota Kemas dalam membantu Kerajaan selama ini telah pun terbukti berkesan. Justeru itu, saya menyeru agar peranan Kemas tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Melayu tetapi sebaliknya, ia perlu dikembangkan lagi dengan memperluaskan penglibatannya kepada masyarakat bandar termasuk dari kalangan rakyat berbangsa Cina dan India.

"Saya percaya, dengan kemampuan Kemas selama ini, masyarakat dari bangsa lain juga dapat bersama-sama menyokong setiap dasar serta inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk rakyat," jelasnya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial