7 Kluster Dirancang Dalam Pelan Tindakan Penuhi Cita Rasa Pelancong

dun_tee

KOTA ISKANDAR, 20 Nov – Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor dan agensi berkaitan telah merancang pelan tindakan untuk memenuhi kepuasan dan cita rasa pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, terdapat tujuh kluster dalam pelan tindakan itu yang dirancang bagi tujuan berkenaan.

“Pertama, memperkasa pembangunan produk pelancongan dengan membentuk 11 Tourism Development Cluster (TDC), kedua mengenalpasti produk-produk pelancongan baru yang boleh dibangunkan dan dipasarkan, ketiga meneroka pasaran pelancongan baru di negara Asean, Asia, Timur Tengah dan Eropah.

“Keempat, memperhebatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan pelancongan, kelima mewujudkan signature event di setiap daerah dengan kekuatan dan keunikan tersendiri, membangunkan jenama produk baru seperti Caravan Park Johor, Ole-Ole Johor dan DesaStay Johor serta memperkukuhkan dan mempertingkatkan hubungan kerjasama dengan penggerak industri pelancongan Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk M Asojan (BN-Gambir) mengenai usaha Tourism Johor dalam mempelbagaikan aktiviti promosi dan pelan tindakan dirancang bagi penuhi pelbagai cita rasa pelancong pada Persidangan Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, pelan tindakan yang telah dirancang itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk bersama berusaha menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan menarik dilawati.

Tambahnya, kepelbagaian daya tarikan pelancongan yang terdapat di Johor iaitu alam semula jadi, pulau, pantai, taman tema, agro pelancongan, sejarah, warisan, seni dan budaya, makanan, buah buahan, golf, pusat membeli belah serta pelancongam gaya hidup memberi kelebihan kepada negeri ini, untuk menarik kedatangan pelancong.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial