PELARASAN TARIF AIR DI JOHOR GALAKKAN PENJIMATAN

JOHOR BAHRU 14 July 2014. ( BH JBH036c ) Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad. STR/Nur Aisyah Mazalan

NUSAJAYA – Pelarasan semula tarif air di negeri Johor dilihat mementingkan elemen-elemen menggalakkan penjimatan, mengekang pembaziran dan membantu golongan miskin di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata Syarikat Air Johor (SAJ) sebagai operator air di negeri ini mengemukakan pelarasan tarif air untuk dikaji setiap tiga dan 30 tahun bagi memastikan dapat membiayai pengurusan bekalan air, menampung kos perbelanjaan operasional (OPEX) serta menampung keperluan infrastruktur operasi air di johor.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin MD.Salleh dalam mesyuarat kedua bagi penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar, Nusajaya hari ini.

Dalam penetapan dan pelarasan tariff ini, kerajaan negeri melalui SAJ juga tidak ketinggalan dalam membela golongan kurang bernasib baik iaitu pemberian rebat 25 meter padu percuma kepada golongan miskin yang berada di dalam senarai E-Kasih.

Dalam pada itu, simulasi pelarasan tariff air mengambil kira faktor ekonomi makro serta pembiayaan kos -kos pembangunan itu.

Oleh itu, Kerajaan negeri akan berusaha agar beberapa elemen dalam penstrukturan tariff tersebut dikurangkan supaya tidak membebankan orang ramai serta memastikan industri bekalan air di negeri ini membangun secara positif.- TV SELATAN
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial