PELBAGAIKAN FUNGSI KOPERASI – JAIS SARDAY

JOHOR BAHRU, 23 Sep – Kerajaan Negeri Johor meletakkan sasaran peningkatan sebanyak 5% kenaikan bagi pertumbuhan sektor koperasi di Johor untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Penerangan , Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Md Jais Sarday berkata, dalam masa tiga tahun berturut-turut ini kita sudah berjaya mencapai sasaran tersebut.

“Sebanyak 14 buah koperasi negeri Johor telah menduduki senarai 100 koperasi utama dalam Malaysia dan salah satunya ialah KPMNJ.

Dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif telah disediakan oleh kerajaan untuk membantu koperasi antaranya pembinaan Bandar Koperasi atau Coop City di Bandar Penawar yang menawarkan peluang kepada anggota koperasi untuk memiliki kediaman dan juga memberi peluang kepada koperasi-koperasi negeri Johor memiliki premis perniagaan,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah bangunan hotel Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor di sini, semalam.

Tambahnya, Majlis Pecah Tanah Hotel KPMNJ yang dilancarkan YAB Menteri Besar merupakan sebuah hotel patuh syariah membuktikan koperasi mengambil bahagian dalam pembangunan yang sedang rancak berlaku di negeri Johor.

Hotel ini akan memberi alternatif kepada pelancong mahu pun pengunjung yang datang ke Johor Bahru dengan pelbagai tujuan.”

“Saya juga berharap agar koperasi membantu menyelesaikan masalah rakyat selain membuat keuntungan untuk koperasi dan anggotanya. Sebagai contoh, penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (I-M-CO-OP) yang akan menyediakan 150 buah kedai harga patut.

“Selain itu koperasi juga mungkin boleh membantu rakyat dengan memberi pinjaman perumahan bagi golongan yang tiada berpendapatan tetap. Saya telah memaklumkan kepada beberapa orang Pegawai Koperasi untuk memikirkan mekanismanya dan mungkin kerajaan juga akan menyediakan inisiatif tertentu bagi menjayakan program ini.

Dengan semua inisiatif yang disediakan ini saya berharap koperasi-koperasi dalam negeri Johor tidak ketinggalan dalam pembangunan yang sedang berlaku sekarang ini,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Mahkota, Kluang.- UMNOJOHOR.COM

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial