PEMAIN PASUKAN JDT DIBAWA MELAWAT KOLAM BUAYA

11889691_510882205741750_1872402901115846107_n

Riak wajahnya memang tampak tegas, namun Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sememangnya seorang yang kelakar dan gemar berseloroh.

Baru-baru ini, pemain pasukan Johor Darul Takzim telah diberikan ‘kejutan’ oleh TMJ apabila mereka dibawa Tuanku untuk melawat ke kolam buaya miliknya.

11896222_511762938987010_7631304258900068824_n

Menerusi gambar yang dikongsikan di laman Facebook Johor Southern Tigers, ia memaparkan TMJ sedang menunjukkan kolam buayanya kepada pemain JDT dan dalam masa yang sama, TMJ secara berjenaka mengingatkan mereka untuk bermain dengan lebih baik pada masa akan datang.

11222579_511762922320345_941673626916807825_n

TMJ yang baru sahaja selesai bermain Polo di istananya telah menjemput pemain-pemain ini untuk melawat di sekeliling perkarangan Istana Pasir Pelangi sebelum mereka memulakan latihan seperti biasa.

11040506_511762915653679_6908769023065061122_n

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial