PEMAIN PERLU BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK TEWASKAN QADSIA SC – MARIO GOMEZ

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Pasukan Johor Darul Ta’zim, Mario Gomez berkata pemain perlu berada di tahap mental yang terbaik untuk menentang pasukan Qadsia SC dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala AFC 2015.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, Mario menegaskan bahawa pemain perlu berada di tahap mental yang terbaik dan latihan kecergasan perlu diberikan penumpuan yang lebih khusus.

Hal ini kerana, ia mungkin sukar untuk menentang Qadsia SC yang juga merupakan juara bertahan.

Namun, menurut beliau, tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai dalam bola sepak jika pemain berfikiran positif.

Difahamkan, persiapan rapi pasukan telah dibuat dan mereka akan bertolak ke Kuwait pada 25 September 2015 untuk persediaan awal.

Johor Darul Ta’zim FC berjaya melakar sejarah dengan berjaya meneruskan kemaraan ke Peringkat Separuh Akhir. Pasukan Harimau Selatan ini bakal bertemu dengan kelab gergasi Asia, Al-Qadsia pada 29 September ini di Stadium Kelab Sukan Kuwait.- ASTRO AWANI

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial