Reka Bentuk Bandar Sukan Permotoran ‘Fastrackcity’ Dilancar

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menandatangani plak Pelancaran Logo dan Reka Bentuk Fastrackcity sambil disaksikan Tunku Ismail. Turut bersama-sama Mohamed Khaled (tiga kanan) dan Barry Kan (dua kiri).

ISKANDAR PUTERI 6 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Reka Bentuk Pembangunan Fastrackcity yang berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, di sini sebentar tadi.

Turut berangkat, Pengerusi Fastrack Iskandar, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ismail Karim; Pengarah Fastrack Iskandar Sdn. Bhd., Barry Kan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Fastrackcity yang bakal dibangunkan itu merupakan bandar sukan permotoran Asia terulung dengan litar antarabangsa gred A sepanjang 4.45 kilometer yang direka pereka litar terkenal, Hermann Tilke.

Pembangunan litar bebas cukai yang dijangka siap pada 2019 itu dibangunkan oleh Fastrack Iskandar Sdn. Bhd. dan UEM Land Berhad.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial