Pembangunan Kampung Sentiasa Diberi Perhatian

pontian

PONTIAN 18 Dis. – Pembangunan dan keperluan asas untuk semua 262 buah kampung di Parlimen Pontian sentiasa diberikan perhatian dari masa ke semasa.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, kemudahan seperti jalan kampung selain masjid, surau, balai terbuka dan dewan serbaguna sudah mendapat peruntukan sewajarnya.

Jelasnya, semua itu bagi memastikan penduduk kampung selesa dan mendapat manfaat daripada segala pembangunan bukan sahaja bandar tetapi juga luar bandar.

“Ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa ber­kerja pada setiap masa dan tidak hanya pada musim pilihan raya.

“Seharusnya ini menjadi kayu ukur sejauh mana kesungguhan kerajaan menunaikan janji yang diucapkan berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai berpolitik setiap masa,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian selepas merasmikan Balai Islam Kampung Parit Lama, dekat sini, semalam.

Ahmad berkata, tuduhan pembangkan bahawa BN tidak mem­bela nasib penduduk di luar bandar adalah tidak berasas sama sekali dan berniat jahat. – Utusan Online

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial