PEMUDA HORMATI MUHYIDDIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN – KJ

11752521_971782186176217_3140598144957403659_n

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno membuat ketetapan untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jawatan yang disandang Muhyiddin itu tetap dihormati oleh Pemuda Umno.

"Jawatan Timbalan Presiden tidak boleh dilantik. Ia dipilih dan kita telah bincang dalam mesyuarat hari ini.

"Kita (Pemuda Umno) mengakui telah buat ketetapan bahawa masih menghormati Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti," katanya.

Semalam, Umno Keningau berkata akan mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti akan datang. – SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial