PEMUDA UMNO JOHOR DESAK TINDAKAN DIAMBIL KEATAS KETUA PEMUDA MCA

image (5)

JOHOR BAHRU –  Pemuda Umno Johor mendesak tindakan tegas ke atas Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon.

Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim berkata tindakan sewajarnya perlu diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan MCA pada kadar segera.

“ Senator Ketua Pemuda MCA seharusnya lebih peka kepada helah dan sikap pembangkang yang menangguk di air keruh ke atas kerajaan dengan penganjuran Bersih 4.0.

“Adalah sangat pelik apabila Sin Woon yang merupakan anggota kerajaan mengiktiraf Bersih 4.0 dengan membenarkan ahli Pemuda MCA untuk menyertainya sedangkan penganjuran Bersih 4.0 bertujuan menjatuhkan kerajaan BN,”katanya dalam satu kenyataan.

Hahasrin turut menyatakan kekeliruaan apabila kenyataan Sin Woon selaku Timbalan Menteri bercanggah dengan Menteri Pengajian Tinggi dalam isu tersebut.

“Senator Ketua Pemuda MCA juga seharusnya faham bahawa penganjuran Bersih 4.0 kali ini lebih kepada cuba mensabotaj sambutan Kemerdekaan ke 58 dan beliau sepatutnya lebih patriotik dalam hal ini.

“Pemuda Umno Johor sentiasa mendokong kerajaan BN sedia ada dan tidak bersetuju dengan cara Bersih 4.0 yang lebih kepada membawa negara ke arah ketidakstabilan yang serius,”katanya.

Desakan juga disuarakan Hahasrin bagi Pemuda MCA untuk lebih bergerak aktif dalam menarik sokongan rakyat kepada BN melalui program yang memperjuangkan kebajikan ahli mereka dan rakyat khususnya bangsa Cina di negara ini dan bukan talam dua muka dengan bersetuju kepada ideologi pembangkang.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial