Pemuda UMNO Johor Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran HSA

img_0514

 

JOHOR BAHRU, 27 Okt – Seramai 30 pesakit yang dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) ke Hospital Permai Tampoi menerima sumbangan wang tunai daripada Pergerakan Pemuda UMNO Johor.

Dalam lawatan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Sheikh Nafiq di Hospital Permai Tampoi itu semalam, turut disampaikan bantuan kelengkapan lain seperti kipas angin bagi kegunaan pesakit.

“Sumbangan ini dibuat setelah mengambil kira barangan keperluan yang disumbang oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai telah mencukupi. Selain itu, terdapat mesej yang viral di laman sosial bahawa pesakit yang dipindahkan di Hospital Permai Tampoi ini kekurangan kipas.

“Oleh itu, Pemuda UMNO Johor komited untuk memberi bantuan kepada pihak yang terlibat dengan tragedi HSA ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial