Kementerian Pembangunan Usahawan Perlu Diwujudkan Semula

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Pemuda UMNO Johor hari ini menggesa agar Kementerian Pembangunan Usahawan diwujudkan semula.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim, pewujudan semula kementerian itu akan membantu menguruskan keperluan usahawan dengan lebih baik.

“Di peringkat negeri, bila tiada kementerian pembangunan usahawan kebanyakan usahawan ini menjadi terbiar dan merata-rata tempat.

“Kerajaan Negeri Johor telah mengambil inisiatif menubuhkan sendiri satu Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) untuk memainkan peranan oleh kementerian itu dan telah berjaya melaksanakan pelbagai agenda keusahawanan negeri.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Tambah beliau, dalam usaha menangani kesenjangan ekonomi, pendekatan baru seperti ekonomi merdeka perlu digiatkan sebaiknya.

“Di Negeri Johor, pendekatan itu amat ditekankan dan kita dapat lihat hasil yang amat memberangsangkan melalui jenama terkenal seperti Lanun dan Kilang Bateri telah berjaya dibangunkan untuk orang Melayu.

“Tumpuan juga harus diberi kepada pembangunan usahawan digital, terutamanya kepada peningkatan kemahiran yang berkaitan pembangunan aplikasi, rekaan program dan pentadbiran sistem,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial