Pendidikan Berkualiti Tampung Pembangunan Pesat Johor

fullsizerender-4
Mohamed Khaled menyempurnakan gimik perasmian Crescendo-HELP International School (CHIS) sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Paul Chan, Canselor Universiti HELP Datuk Paul Leong Khee Seong, Pengetua CHIS, Phillip Brisley, Gooi Seong Lim, dan Pengarah Eksekutif Crescendo Corporation Berhad, Gooi Seong Heen.

JOHOR BAHRU, 10 Dis – Pertumbuhan sektor pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan berkualiti mencerminkan pembangunan pesat negeri Johor.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pembukaan kampus-kampus pendidikan antarabangsa di semua peringkat rendah, menengah dan tinggi akan menampung keperluan rakyat tempatan yang berkemampuan serta golongan ekspatriat yang memilih menjadikan Johor sebagai tempat tinggal baru mereka.

“Bagi menampung keperluan pertumbuhan pesat yang sedang dilalui Negeri Johor, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi itu memerlukan rakyat yang mempunyai pendidikan yang terlatih dan berkemahiran.

“Seterusnya, apabila terdapatnya keperluan daripada masyarakat yang mempunyai kedudukan lebih baik, mereka boleh buat pilihan untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi yang disediakan pihak swasta walaupun dikenakan pembiayaan kerana mereka mampu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Crescendo-HELP International School di Taman Desa Cemerlang, hari ini.

Mohamed Khaled diberi keterangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan HELP, Datin Chan-Low Kam Yoke, ketika meninjau persekitaran CHIS.
Mohamed Khaled diberi keterangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan HELP, Datin Chan-Low Kam Yoke, ketika meninjau persekitaran CHIS.

Turut hadir, Datuk Dr. Paul Chan, Pengasas Bersama dan Naib Canselor HELP University, Gooi Seong Lim, Pengerusi dan Pengarah Urusan Crescendo Corporation Berhad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Abdul Rahim Nin, dan Ahli Parlimen Tebrau Khoo Soo Seang.

Dengan nilai pelaburan sebanyak RM50 juta, sekolah yang menawarkan kurikulum pendidikan British itu mampu menampung sehingga 2000 pelajar, dan akan memulakan pengambilan pelajar pada Februari 2017.

Tambah Mohamed Khaled, pembukaan lebih banyak institusi pendidikan swasta di Johor juga mencerminkan potensi negeri itu yang masih besar dan meluas.

“Malaysia memerlukan pertumbuhan dalam sektor-sektor  perindustrian berat, digital dan sebagainya, tetapi tiada lagi kawasan di Kuala Lumpur yang sudah tepu.

“Di Johor, kami masih mempunyai potensi untuk semua itu di kawasan Iskandar Malaysia dan di Pengerang. Dan kemudahan infrastruktur pendidikan seperti ini adalah keperluan-keperluan yang memang akan diwujudkan kerana ia keperluan kepada mereka yang menetap di sini.

Ujar beliau lagi, pertumbuhan sektor pendidikan swasta juga akan membantu kerajaan memperbaiki perkhidmatan yang diberi dalam sektor pendidikan awam.

“Ini membolehkan kerajaan untuk membuat perbandingan sejauh mana perbezaan ataupun jurang antara apa yang boleh didapati di sekolah antarabangsa dan sekolah sistem kerajaan kerana ia sangat penting dalam mencapai matlamatnya untuk menjayakan pelajar.

“Jadi, sektor pendidikan awam mesti melihat usaha yang dilakukan untuk melahirkan pelajar yang terbaik, yang bersedia untuk memainkan peranan di peringkat global,” katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial