Penembusan Jalur Lebar Negeri Johor 86.4%

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad.

ISKANDAR PUTERI, 14 Mei – Penembusan jalur lebar di negeri Johor sehingga suku keempat tahun 2016 dicatatkan pada 86.4%.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad, angka itu lebih tinggi daripada perkembangan jalur lebar peringkat kebangsaan yang dicatatkan pada 77.9%.

“Pada 10 April 2017, Kerajaan Negeri telah memperluaskan Program Jalur Lebar Tanpa Wayar Percuma ke luar bandar dengan penambahan sebanyak 74 hotspot baharu, menjadikan keseluruhannya 209 hotspot bandar dan luar bandar.

“Ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan pada persidangan Dewan Negeri Johor ke-13, di Kota Iskandar, hari ini.

Tambah Hasni, pihak Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah merekodkan dan akan memberi keutamaan untuk program inisiatif pembangunan infrastruktur telekomunikasi selanjutnya.

“Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pembangunan Johor WiFi memerlukan adanya infra telko, infra letrik dan hak milik tanah.

“Sukacita saya maklumkan untuk DUN Bukit Permai, terdapat menara telekomunikasi yang baru siap dibina pada bulan Februari dan April 2017 di Kampung Murni Jaya dan Kampung Seri Muar yang dijangka boleh beroperasi selewat-lewatnya suku keempat tahun 2017,” jelas beliau.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial