PENGARAH BOMBA JOHOR MENINGGAL DUNIA KETIKA SOLAT JUMAAT

JOHOR BAHRU: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Ab Ghani Daud meninggal dunia selepas rebah ketika solat Jumaat di Masjid Taman Impian Emas dekat sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan Allahyarham sebelum itu tergelincir ketika mengambil wuduk dan dibantu oleh jemaah lain di masjid berkenaan.

“Maklumat awal daripada imam masjid selepas tergelincir, arwah memberitahu tiada apa-apa dan meneruskan solat. Bagaimanapun, ketika mengangkat takbir arwah rebah,” katanya.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial