PENGGUNAAN VAPE HARAM – MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Prof_Abdul_Shukor_Husin.transformed

IPOH: Penggunaan rokok elektronik atau vape difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor yang sama iaitu rokok dan shisha.

Jelasnya, apabila kesemua faktor tersebut dilihat boleh membahayakan, membazir serta memudaratkan kesihatan, ianya difatwakan sebagai haram.

“Kita sudah bincang rokok, shiha dan itu pun kita boleh samakan. Bila cukup dapatan yang pertama ialah membahayakan, kedua membazirkan dan ketiga menjejaskan kesihatan, maka bila perakuan-perakuan ini sama, kita telah putuskan ianya haram,” tegasnya.

Beliau berkata, meskipun pihak Kementerian Kesihatan sedang menunggu keputusan daripada pakar-pakar mengenai hal tersebut, pihaknya telah mengambil pendahuluan untuk menyatakan bahawa penggunaan vape tersebut haram.

“Sebenarnya, Kementerian kesihatan memaklumkan bahawa mereka menunggu pakar-pakar mereka, tetapi kita telah membuat pendahuluan, daripada segi asasnya kalau ianya mudarat dan membazir, daripada segi agama kita tidak bersetuju perkara tersebut,” jelas beliau lagi.- PERAK TODAY

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial