Peniaga Online Meriahkan Jalan Dhoby

IMG_6690resize IMG_6674resize IMG_6620resize IMG_6804resize IMG_6732resize

 

Penuhi selera, fesyen generasi Y

Oleh Azila Harun

PENIAGA ONLINE JALAN DHOBY

RAMAI warga Johor pasti mengetahui keadaan Jalan Dhoby yang dulunya  sunyi, suram, menakutkan terutama pada waktu malam dan ‘aktif” dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Kini suasananya lebih  meriah dengan kesibukan penjalan kaki yang melalui deretan kedai-kedai lama yang menjadi tarikan di Jalan Dhoby selain peniaga-peniaga online yang berjaya menaikkan nama Jalan Dhoby seperti Psychedelic Store, The Labels dan The Scandalist  yang mempunyai pengikutnya sendiri di laman sosial Facebook dan Instagram.

Psychedelic Store

Memilih nama “psychedelic” yang bermaksud penuh dengan kilauan warna-warni, membawa tuah bagi pemilik kedai, Ameliana Warkil, 27.

Gadis Aquarius ini memulakan perniagaan  online pada 2010 seiring aktivitinya menjual barangan dari Bangkok di Bazar JB, secara kecil-kecilan.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri perlu membuat pembaharuan dalam menjadikan Jalan Dhoby seperti ‘Walking Street’ di Pattaya atau ‘Bugis Street’  di Singapura.

Seorang pengunjung, Fatin Norsyafinaz Abdullah, 18, berkata beliau sudah empat kali menjejak kaki ke Psychedelic Store kerana suasana yang stylo, barangan yang disusun kemas dan harga berpatutan.

Bagi mereka yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh datang ke cawangan Psychedelic Store  di Seksyen 7, Shah Alam dan bakal membuka cawangan baharu  di Pot’s Industries Danga Bay, Johor Bahru penghujung tahun ini.

The Labels

Menjual barangan berjenama seperti Badger, Wadezig, Evil Army, Maternal Disaster, LTP Project, Ouval Research dan UNKL 347, membuatkan The Labels semakin terkenal di kalangan pengikut laman sosial.

Bagi Halis Daus, 29, dan Mohammad Ifrah Samsuddin, 26, perniagaan yang dikongsi bersama memberi impak baharu pada dunia fesyen yang sinonim dengan gaya ‘hipster’, ‘street style’ dan kasual.

Mementingkan kepuasan pelanggan dalam urusan jual beli dan barangan, The Labels sering mencari dan mengkaji rekaan yang sesuai dengan konsep yang diketengahkan seiring dengan peredaran fesyen khusus untuk golongan remaja dan belia.

The Scandalist

Sebaik sahaja memasuki pintu masuk The Scandalist, tumpuan pada hiasan dinding yang kreatif dan juga vespa sebagai dekorasi dalam kedai mempunyai daya tarikan tersendiri bagi sesiapa yang mengunjunginya.

Menurut pemilik, Mohd Rafizaq Abd Majid, 29, cetusan idea konsep dekorasi dan hiasan adalah ilham yang dikongsi bersama isterinya, Firdha Afiqah Ismail, 25, mempunyai tarikan tersendiri kerana setiap pelanggan yang datang pasti bertanya keunikan hiasan bagaikan diilhamkan seorang perunding rekaan dalam profesional.

“Elemen retro dan vintaj yang diserapkan dalam rekaan dalam kedai dan barangan baharu serta terpakai yang diimport dari Jepun juga menjadi rebutan pelanggan lebih-lebih lagi kaum cina untuk datang ke kedai kami”.

Untuk memberi kelainan dan permintaan pelanggan tetap, The Scandalist juga sudah mempunyai jenama sendiri seperti kemeja, seluar, dan beg bagi menambahkan koleksi dan barangan yang dijual.

Bajet 2015: Langkah Kerajaan Negeri Membantu Peniaga

  • Mewujudkan Koperasi Iskandar Malaysia.
  • Kerajaan Negeri sedang merangka Pelan Tindakan Strategik PKS Negeri Johor bagi melahirkan usahawan berdaya saing dengan menitikberatkan keperluan perniagaan.
  • Menyokong industri kecil dan sederhana (IKS) dalam penjenamaan semula serta promosi yang berkait rapat dengan bioteknologi melalui Program Jelajah Bio-Ekonomi.
  • Memperkasakan Program Galakan Usahawan (PGU) diselia Jabatan Pertanian Negeri.
  • Meningkatkan pengeluaran lembu berskala besar dan membantu pengusaha tanaman nanas.
  • Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT), Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) dan Program Teras Pembangunan Wanita.
  • Membina tiga pusat IKS di Mersing, Kota Tinggi dan Air Hitam.
  • Menyediakan inkubator kepada belia yang berniaga.
  • Mempergiatkan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR).
  • Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) mengambilalih 68 unit premis komersil dan menawarkannya kepada usahawan IKS.
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial