Penjawat Awam Johor Terima RM500 Bantuan Khas Aidilfitri

image

 

KOTA ISKANDAR, 13 Jun – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada kakitangan perkhidmatan awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Mohamed Khaled, bantuan berkenaan akan diberikan kepada lebih 15,000 kakitangan perkhidmatan awam negeri Johor dengan peruntukkan berjumlah RM5.5 juta.

“Di atas keperihatinan kerajaan negeri dalam menghargai khidmat bakti para penjawat awam serta sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan BKK sebanyak RM500.

“Bantuan ini diberikan kepada 15,126 kakitangan perkhidmatan awam negeri Johor dengan peruntukkan sebanyak RM5.5 juta dan pembayaran akan dibuat secepat mungkin sebelum Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2016 Persatuan Pegawai Tadbir negeri di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial