PENURUNAN NILAI RINGGIT ADALAH SEMENTARA

image (1)

KUALA KANGSAR – Kerajaan yakin penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS adalah sementara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, nilai ringgit akan beransur pulih berdasarkan ekonomi Malaysia yang teguh.

"Kekuatan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan harga komoditi dunia yang rendah ketika ini antara penyebab nilai mata wang negara mengalami penurunan.

"Walaupun dengan penurunan nilai tersebut, asas ekonomi Malaysia masih lagi dalam keadaan teguh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.

Ahmad Husni yang juga Bendahari Umno, menggesa sektor awam dan swasta serta rakyat supaya bersabar dan bersatu hati ketika menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar.

"Saya tidak melihat dari segi politik tetapi untuk masa depan negara. Negara lain pun ada orang susah, jadi mengapa tidak kita hadapi permasalahan ini, kerana saya percaya ia hanya sementara," katanya.

Mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahmad Husni berkata, segala hutang 1MDB akan dapat diselesaikan pada akhir tahun ini berdasarkan pelan rasionalisasi yang dilaksanakan.

"Sementara menunggu isu itu selesai, semua pihak dinasihatkan tidak mengeluarkan persepsi negatif berkenaan badan pelaburan kerajaan itu.

"Saya harap semua pihak akan rasional kerana ia mengenai masa depan negara. Saya selalu katakan sekiranya hendak membuat analisis, perlu berdasarkan fakta dan pemikiran yang rasional," katanya. – Bernama

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial