PENYAMPAI SUKAN DILANTIK KETUA JURULATIH

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini menamakan Zainal Abas selaku Ketua Jurulatih Program Elit menjelang Sukan SEA 2017.
Kejutan itu diumumkan sendiri Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim selepas selepas mesyuarat ahli majlis.

Lebih dikenali sebagai penyampai sukan yang sering mengacarakan perlawanan bola sepak di kaca televisyen sebelum ini mengendalikan program pelapis kebangsaan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

"Dia merupakan pensyarah International Association of Athletics Federations (IAAF) dan mempunyai banyak pengalaman. Kami berasakan dia mampu menerapkan idea yang dia ada untuk meningkatkan prestasi atlet di Sukan SEA akan datang dimana kami sasar mahu raih pingat melebihi pencapaian di Singapura," katanya.

Disamping itu, Karim turut mengesahkan sukan olahraga bakal mendapat kepakaran dua jurulatih asing.

"Leo Almando Brown dari Jamaica merupakan tulang belakang yang mendirikan olahraga Jamaica dan ketika ini dia merupakan ketua High Performance Centre di sana," jelasnya.- ASTRO ARENA
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial