PENYOKONG JDT BERDISIPLIN, BERTANGGUNGJAWAB – DATUK ZULKURNAIN

11145100_1856625024563238_2160390063727488094_n

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan menyifatkan rusuhan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam tadi, bukan disebabkan tindakan penyokong tegar JDT.

Malah, menurut beliau, JDT merupakan antara pasukan yang mempunyai penyokong yang berdisiplin dan tidak mungkin terlibat dengan insiden sedemikian.

"Cuma ada segelintir penyokong tidak bertanggungjawab. Kadang-kadang mereka ini bukannya penyokong tegar pun, mereka ini jenis yang pergi ke stadium dan beli tiket sesekali.

"Berbeza dengan penyokong tegar, mereka pergi ke stadium setiap kali perlawanan dan tidak akan memalukan Johor biarpun menang atau kalah. Jiwa kita kental," katanya sejurus tamat pelancaran Anugerah Lensa Johor 2015 di Galeri Seni Johor, di Johor Bahru hari ini.

Zulkurnain berkata, beliau bersetuju dengan tindakan polis menahan penyokong tidak ditanggungjawab itu bagi memberi pengajaran kepada penyokong lain agar tidak melakukan hal sama.

Dalam rusuhan kira-kira 11 malam itu, 14 penyokong pasukan JDT ditahan kerana merusuh dan menghalang anggota polis daripada menjalankan tugas.

Kejadian turut mengakibatkan dua anggota polis cedera di kepala sehingga masing-masing menerima tiga jahitan manakala seorang lagi cedera di tangan kanan selepas dibaling dengan pelbagai objek termasuk batu.

– Bernama

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial