PERAK “TENAT” JUMPA HARIMAU SELATAN DI LARKIN

hari-penghargaan-bersama-penyokong-JDT

KUALA LUMPUR – Jurulatih sementara Perak, Abu Bakar Fadzim me­ngakui, tugas berat bakal menanti skuad Bos Gaurus untuk mencari keputusan terbaik dalam Liga Super kerana bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin esok tanpa sebahagian besar tonggak.

Katanya, menutup kempen dengan berdepan tiga pasukan terbaik adalah sesuatu yang agak malang buat mereka, ditambah lagi dengan ketiadaan hampir 60 peratus kesebelasan utama.

Selepas seri 1-1 dengan Pahang, Sabtu lalu dan berdepan JDT esok, Perak akan menerima kunjungan pasukan tangga ketiga liga, Se­langor di Ipoh pada hari terakhir musim 2015.

“Sebelum ini kami berdepan pendahulu liga, Pahang dan kami berjaya mencatat keputusan seri. Sekarang kita terpaksa berdepan dengan JDT di tempat lawan dan pada Sabtu ini pula kami akan menerima kunjungan Selangor.

“Dengan ketiadaan pemain utama yang mengalami kecederaan, terutama di bahagian serangan malah hampir 60 peratus kesebelasan utama tidak dapat diturunkan menyebabkan kami berdepan kesukaran untuk menamatkan saingan liga pada musim ini.

“Kami cuma ada seorang pemain import untuk berdepan JDT iaitu Thiago Junio, manakala Charles Souza Chad mengalami kecede­raan hamstring dan Namkung Woong (pangkal paha) ketika beraksi menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Muhammad Tuah Iskandar Jamaluddin dan Mohamad Hi­syamudin Mohamed Sha’ari ma­sing-masing mengalami bengkak di bahagian pinggul dan bahu semasa menentang Pahang.

“Horace James pula cedera pada bahagian bawah badan dan kami tinggalkannya di Ipoh bagi menjalani rawatan.

“Situasi tersebut meninggalkan kami dengan pemain-pemain muda. Bukan saya tidak mahu menggunakan khidmat Namkung serta Souza cuma bimbang ia akan menyukarkan kami untuk menghadapi Piala Malaysia,” katanya – UTUSAN MALAYSIA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial