Peranan Ketua Masyarakat Tionghua Harus Diperkasa Lagi

BATU PAHAT: Ketua Masyarakat Tionghua diseru memperkasakan lagi peranan mereka bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat  itu  kepada kerajaan.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin, berkata  peranan ketua masyarakat bukan hanya tertumpu kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi, tetapi juga menyampaikan segala usaha yang dilakukan untuk membangunkan negara.

Jelasnya, tanggungjawab  berat itu akan dipikul bersama dikalangan parti komponen dalam Barisan Nasional supaya amalan perpaduan dan muafakat yang wujud sejak sekian lama dikalangan masyarakat dapat terus dipertahankan.       

"Kita tidak akan membiarkan ketua masyarakat Tionghua ini mengembalikan kepercayaan masyarakat Tionghua ini secara bersendirian. Kita ibarat kerja dalam satu pasukan dan semua usaha ini akan dilakukan secara bersama dan kita akan bantu," katanya.    

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Simposium Kepimpinan Muafakat Johor di Universiti Tun Hussein Onn  Malaysia (UTHM) di sini, semalam.

Dalam ucapannya itu, Khaled berkata amalan muafakat dikalangan masyarakat harus diperkukuhkan bagi memastikan masyarakat terus bersatu.

"Melalui amalan muafakat ini, ianya memerlukan pengorbanan dan juga toleransi antara kaum. Amalan ini telah lama wujud dan harus dipertahankan dalam masyarakat pada hari ini," katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial