Percepatkan proses evolusi UMNO – Pemuda Johor

 

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Johor mahu supaya evolusi dalam UMNO dipercepatkan bagi menghadapi senario politik masa kini.

Jurucakapnya, Sahrihan Jani, berkata,  proses evolusi yang mencakupi dua perkara iaitu soal peremajaan dalam parti dan pemerkasaan pemimpin muda dalam UMNO.

Katanya, pembangkang sudah mengorak langkah jauh ke hadapan dalam menonjolkan ikon-ikon muda.

“Isu peremajaan telah disebut secara berulang-ulang kali sejak 10, 15 tahun dahulu tetapi hakikatnya pada hari ini sangat-sangat perlahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam semasa berucap menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri berkata, evolusi ke arah peremajaan parti tidak bermakna mengancam kedudukan pemegang-pemegang jawatan sedia ada, tetapi lebih kepada ingin berganding bahu dalam memperkasakan parti.

“Pemuda UMNO tidak berharat samasekali ingin mngancam, kita bukan ingin menyaingi jauh sekali ingin berlumba dengan mereka.  Pemuda UMNO ‘bukan nak bertanding tetapi hendak bersanding’.

Pemimpin UMNO perlu lebih terbuka dan menerima hakikat perubahan dalam lansdkap politik negara. Golongan anak muda bukan sahaja mahukan hasrat kehendak dan aspirasi mereka didengar tetapi mereka juga inginkan pengiktirafan,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial