Perdana Menteri Adakan Lawatan Kerja Dua Hari Ke Johor

untitled

 

KOTA ISKANDAR, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja dua hari ke Negeri Johor bermula hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau dijadual menghadiri Majlis Perasmian dan Pemasangan “Process Colum” tertinggi dan terberat Kompleks Bersepadu Pengerang di Steam Cracker Complex Process Area, RAPID Pertronas pagi ini.

Lawatan kerja turut disertai Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Arena Larkin dan Stadium Sport City Seri Austin di tempat letak kereta Stadium Larkin pada pukul 3 petang.

Najib turut dijadualkan menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena setahun kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, Johor Bahru.

Selepas itu, beliau akan menghadiri Program YAB Perdana Menteri Bertemu Rakyat Johor di Kilang Bateri, Tampoi pada pukul 9.30 malam.

Lawatan hari kedua, Perdana Menteri dijadual menyaksikan Majlis Menandatangani Inisiatif Strategik dan Pembukaan Rasmi Hotel Phoenix, Forest City dan Majlis Pelancaran Reka Bentuk Pembangunan FAS Track City di Pinewood Studio Iskandar Puteri, sebelum menghadiri jamuan tengahari sempena Majlis Ulang Tahun Iskandar Malaysia Ke-10 di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial