PERGERAKAN KOPERASI PERLU LEBIH INOVATIF – KHALED NORDIN

JOHOR BAHRU: Pergerakan koperasi perlu lebih inovatif di dalam usahanya untuk kekal berdaya saing mengharungi era globalisasi dan liberisasi pasaran dunia yang kian mencabar.

Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata koperasi seharusnya perlu lebih kreatif dalam menceburi bidang perniagaan dengan menawarkan produk dan perkhidmatan baharu.

“Kemajuan pergerakan koperasi memberi keuntungan bukan hanya kepada para anggotanya, malah membantu menyelesaikan pelbagai masalah di kalangan masyarakat.

“Jika koperasi kukuh, anggotanya boleh membuat pinjaman bagi memilik rumah, kerana umum mengetahui kesukaran mendapatkan pinjaman dari pihak bank. Kita amat mengalu-alukan sekiranya ada koeprasi yang mahu member pinjaman kepada anggotanya untuk membeli rumah,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan hotel milik Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMJ) Berhad di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, pihak kerajaan telah mewujudkan Dana Mudahcara menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menyokong ekosistem pergerakan koperasi hari ini.

Ini membolehkan koperasi berpeluang memperkasakan kegiatannya dengan menceburi program-program pembangunan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini.

Projek pembangunan hartanah oleh KPML itu bakal menyaksikan pembinaan hotel patuh syariah yang pertama seumpamanya dibangunkan oleh koperasi di Johor. Usaha itu selari dengan agenda memperkasakan penglibatan bumiputera dalam aspek ekonomi.

Hotel bertaraf tiga bintang yang dibina dengan kos RM25 juta itu dijangka siap pada 2018.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Md. Jais Sarday dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni bin Ibrahim.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial