PERLAWANAN JDT – PERAK BERLANGSUNG AMAN, TIADA INSIDEN KEKECOHAN

JOHOR BAHRU 11 September 2015. Sebahagian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) hadir menyaksikan perlawan JDT lawan PERAK, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. NSTP/Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Keadaan di perkarangan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin di sini, berada dalam keadaan terkawal selepas perlawanan Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak.

Semua penyokong dilihat bersurai dan pulang dalam keadaan terkawal tanpa sebarang insiden atau menimbulkan kekecohan. 

Bagaimanapun, anggota keselamatan sentiasa dalam keadaan bersedia mengawal keadaan perkarangan stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 2-0 berpihak kepada JDT. – BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial