Perluas Semarak Jawi

Kamaruzzaman (tiga, kiri) bersama pemenang tempat pertama bagi pertandingan dianjurkan.
Kamaruzzaman (tiga, kiri) bersama pemenang tempat pertama bagi pertandingan Program Semarak Jawi.

JOHOR BAHRU, 29 Mac – Johor Corporation (JCorp) merancang menjadikan Program Semarak Jawi sebagai aktiviti berprestij di negara ini sebagai usaha memartabatkan tulisan Jawi agar menjadi fenomena generasi muda.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, sejak mula diperkenalkan tahun lalu, program itu mendapat sambutan menggalakkan dan merancang pelaksanaan lebih hebat pada masa akan datang.

“Program ini adalah sebahagian tanggungjawab korporat JCorp bagi memperkasa dan membudayakan tulisan Jawi.

“Pelbagai pendekatan baharu akan digunakan termasuk menerusi media sosial dan perlaksanaan yang lebih menyeluruh ke seluruh negara dalam jangka panjang, di samping menyediakan tawaran hadiah menarik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertandingan Akhir Program Semarak Jawi dan Anugerah Kecemerlangan Projek Tuisyen anjuran JCorp di Galleria Kotaraya di sini, baru-baru ini.

Kamaruzzaman berkata, terdapat dua pertandingan dianjurkan sebagai kemuncak program iaitu Pencarian Harta Karun dan  Pertandingan Kaligrafi Islam (Khat).

“Seramai 282 murid dan pelajar dari 63 sekolah seluruh negeri ini menyertai kemuncak program hari ini (semalam) untuk merebut tempat terbaik,” katanya.

Johan bagi setiap pertandingan membawa pulang hadiah berupa Samsung Galaxy Tab 3 setiap seorang dan bingkai gambar Semarak Jawi. – SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial