Permaisuri Johor Lawat Empat Pusat Pemindahan Banjir

KOTA TINGGI, 25 Jan – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Kota Kecil, di sini hari ini.

Baginda diiringi isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam hadir ke pusat pemindahan berkenaan selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Balai Sri Delima di sini yang menempatkan dua buah keluarga dan Dewan Sungai Telor.

Ketibaan baginda pada jam 12.15 tengah hari disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim.

Raja Zarith Sofiah turut bersalaman dan beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat berkenaan sebelum berkenan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir di pusat berkenaan.

Baginda yang meluangkan masa hampir 40 minit kemudian berangkat pada jam 12.50 tengah hari untuk melawat pusat pemindahan ke empat iaitu di Sekolah Kebangsaan Mawai. – Sinar Harian

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial