PERMULAAN JDT KE FINAL PIALA MALAYSIA

11140786_876598419073007_3258511725416769847_o

Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez gembira dengan kutipan tiga mata di Stadium Negeri Sarawak sekali gus menempah slot di suku akhir Piala Malaysia.

Gomez turut menyifatkan bahawa kemaraan ke suku akhir mampu mencetuskan semangat berjuang dalam pemain-pemainnya untuk ke pentas final.

"Tiga mata ini merupakan kemenangan yang memberangsangkan sebab kami jamin tempat di suku akhir. 
"Ini juga merupakan permulaan kami ke final Piala Malaysia" kata Gomez.

Manakala David Usop selaku ketua jurulatih Sarawak meratapi sentuhan penyudah anak buahnya setelah gagak membalas dengan jaringan gol.

"Kami berdepan pasukan yang penuh keyakinan dan pengalaman serta sentuhan penyudah yang klinikal.

"Kami tidak mampu menyudahkan peluang yang dicipta dan mungkin itu merupakan punca utama kekalahan kami" katanya.- ASTRO ARENA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial