PERTANDINGAN REKAAN GRAFIK MUAFAKAT JOHOR.

Unit Media dan Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor menjemput semua rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan Rekaan Grafik Muafakat Johor.
MAKLUMAT PERTANDINGAN: 
1.    Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
2.    Objektif: Menyemai semangat permuafakatan di kalangan rakyat Johor. 
3.    Pertandingan ini dibuka, mulai 6 Ogos 2015 hingga 19 Ogos 2015.
4.    FORMAT rekaan grafik adalah POSTER.
5.    Semua keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang perbincangan ATAU surat-menyurat tidak akan dilayan.
6.    Semua penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur menjadi HAK MILIK penganjur dan penganjur boleh menggunakan rekaan grafik tersebut untuk apa-apa tujuan, termasuk paparan di tempat awam.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN:
1.    Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta HANYA layak memenangi satu hadiah SAHAJA.
2.    Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 19 Ogos 2015 kepada Urus setia pertandingan.
3.    Maklumat peribadi peserta, termasuk NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT SURAT-MENYURAT LENGKAP, NOMBOR TELEFON dan ALAMAT E-MEL peserta perlu disertakan bersama penyertaan.
4.    Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
5.    Tema penyertaan adalah “ Muafakat Johor” berserta tagline Muafakat Johor: Identiti Bangsa Johor.
6.    Logo Muafakat perlu dikekalkan.
7.    Ukuran rekaan grafik adalah bersaiz A4 (8.27inx11.7in) dengan resolusi 300dpi dan menggunakan orientasi landskap atau potrait. 
8.    Hasil rekaan poster hendaklah dihantar menerusi e-mel di alamat johorjauhar@gmail.com  dalam bentuk softcopy dengan menggunakan format Ai, PSD atau JPEG.
9.    Semua penerangan berkaitan warna dan bentuk rekaan grafik poster berkenaan mestilah ditulis di dalam Bahasa Melayu sahaja. 
10.    Rekaan grafik poster tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan setiap bangsa di negara ini. 
11.    Rekaan yang di CIPLAK adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati rekaan grafik bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta. PIHAK PENGANJUR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap sebarang tuntutan pencerobohan intelektual atau pelanggaran hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan berkenaan.
12.    Pemenang akan dihubungi menerusi panggilan telefon atau e-mel. Walau bagaimanapun, pihak penganjur mempunyai hak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding, sekiranya panel pengadil memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dipilih sebagai pemenang. 
13.    Keputusan panel pengadil adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. 

SENARAI HADIAH PEMENANG: 
TEMPAT PERTAMA    :     WANG TUNAI RM3,000 BERSERTA SIJIL.
TEMPAT KEDUA    :    WANG TUNAI RM2,000 BERSERTA SIJIL.
TEMPAT KETIGA    :     WANG TUNAI RM1,000 BERSERTA SIJIL.

Hadiah pemenang akan disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI: 
Urus setia dia talian: 017-799 6169 ATAU layari laman sesawang www.jauhar.my 

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial