Tanjung Piai Terima Peruntukan Pembangunan Lebih RM800 Juta

PONTIAN, 5 Mac – Lebih RM800 juta peruntukan pembangunan disalurkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Ia meliputi pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jambatan, jalan raya sekolah agama, masjid dan dewan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin semasa mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Tanjung Piai di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani; Ahli Parlimen Pontian, Wee Jeck Seng; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Pontian, Onn Jabbar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Dato Md Otman Yusoff.

Pecahan peruntukan tersebut adalah seperti berikut:-

1. RM650 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi membina jambatan dan jalan Tanjung Bin -Gelang Patah.

2. RM69 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk projek naik taraf Jalan Pekan Nanas – Tanjung Piai Fasa 2.

3. RM68.5 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk projek naik taraf jalan akses ke kawasan pelancongan Tanjung Piai.

4. RM5 juta untuk kerja-kerja naik taraf Jalan Johor Bahru – Pontian.

5. RM19.517 juta untuk kerja-kerja menyelenggara, menaik taraf dan melebar jalan-jalan kampung di kawasan Parlimen Tanjung Piai.

6. RM6.7 juta untuk projek PPR DUN Kukup.

7. RM10.298 juta untuk projek-projek membina baru dan sambungan projek tergendala Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) kawasan Parlimen Tanjung Piai.

8. RM553,000 untuk kerja-kerja membaik pulih SAKJ seperti SAKJ Melayu Raya, SAKJ Pekan Nanas, SAKJ Bandar Permas dan SAKJ Seri Bunian.

9. RM600,000 peruntukan bersama iaitu Kerajaan Negeri (RM500,000) dan Kerajaan Persekutuan (RM100,000) untuk membina Jeti Nelayan Kampung Sungai Durian.

10. RM3.01 juta untuk pembinaan Dewan Muafakat Taman Seri Sentosa.

11. RM5 juta untuk projek pembinaan Dewan Muafakat Tanjung Piai.

12. RM3 juta untuk pembinaan dua buah masjid baru di kawasan Parlimen Tanjung Piai iaitu RM2 juta untuk Masjid Kampung Parit Masjid dan RM1 juta untuk Masjid Kampung Parit Semerah.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial