Peruntukan RM67 Juta Untuk Parlimen Tebrau

JOHOR BAHRU, 8 Mac – Sebanyak RM67 juta peruntukan pembangunan diumumkan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Tebrau semalam.

Ia meliputi aspek-aspek infrastruktur seperti jalan raya, sistem perparitan, sekolah dan lain-lain.

Pecahan peruntukan adalah seperti berikut:

1. Naik taraf infrastruktur kedai kepada gerai makan di Taman Bukit Mutiara (RM1.2 juta)
2. Projek perumahan terbengkalai untuk golongan termiskin di Taman Setia Indah (RM4.8 juta)
3. Bagi menangani isu banjir di Taman Bukit Mutiara (RM700,000)
4. Dua buah Sekolah Agama baharu akan dibina di bawah Fasa 5 oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ);
– Taman Bukit Mutiara (RM7 juta)
– Kong-Kong Laut (RM5 juta)
5. Permohonan pembinaan Dataran Muafakat Tiram Kg Baru Ulu Tiram (RM200,000)
6. Naik taraf sistem perparitan Kg Bukit Dagang (RM200,000)

Masjid-masjid
1. Naik taraf Masjid Bukit Tiram (RM300,000)
2. Bina surau Kg Bukit Dagang (RM200,000)
3. Peruntukan tambahan membina masjid baharu Kg Felda Ulu Tebrau (RM200,000)
4. Baik pulih masjid Puteri Wangsa (RM100,000)

Jalan Raya
1. Membina jalan baharu tapak rumah generasi kedua Kg Pemuda Jaya (RM670,000)
2. Membina jalan baharu tapak rumah generasi kedua Felda Ulu Tebrau (RM670,000)
3. Infrastruktur Kg Sentosa meliputi naik taraf jalan raya dan sistem perparitan (RM600,000)
4. Pelebaran jalan raya Kota Masai-Pasir Putih (RM8 juta)
5. Menurap, naik taraf jalan ke Kg Pasir Salam (RM200,000)
6. Penyelenggaraan jalan kampung dan negeri di bawah syarikat konsesi, pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (RM21 juta)
7. Pembinaan jalan masuk dan menggantikan jambatan Kampung Perigi Acheh (RM16.5 juta)

Lawatan sehari ke Parlimen Tebrau turut disertai Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Maulizan Bujang; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, A. Rahim Nin serta Yang Dipertua Majlis Perbadaran Pasir Gudang, Hasrin Kamal Hashim.

Tebrau, merupakan kawasan Parlimen ke-13 yang dilawati Menteri Besar bersama pemimpin masyarakat bagi melihat perkembangan pembangunan semasa di setiap Parlimen di Johor, selain mengenal pasti jalan penyelesaian bagi mengatasi isu-isu setempat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial