Peruntukan Tambahan RM24 Juta Untuk Parlimen Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 18 Mei – Kira-kira RM24 juta peruntukan pembangunan disalurkan ke kawasan Parlimen Kota Tinggi sempena lawatan kerja sehari Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ke parlimen berkenaan hari ini.

Peruntukan itu membabitkan pelaksanaan pelbagai projek seperti pembinaan sekolah agama, penyelenggaran jalan-jalan, pembinaan masjid dan pelbagai lagi.

Mohamed Khaled ketika sesi taklimat di Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi sebelum memulakan lawatannya.

Percahan peruntukan berkenaan adalah seperti berikut:-

1.RM8 juta untuk kerja-kerja melebar, menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan kampung, jalan-jalan PBT dan jalan-jalan negeri.

2.RM5 juta untuk pembangungan Projek Showcase Kampung Makam

3.RM3.5 juta untuk baik pulih Muzium Kota Tinggi.

4.RM2 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi projek Jalan Baru Kampung Sedili Besar yang akan mula dilaksanakan tahun ini.

5.RM4 juta untuk pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor Kota Kecil.

6.RM1 juta untuk membina Dataran Kota Tinggi.

7.RM1 juta untuk pembinaan masjid baru Felda Pasak.

8.RM300, 000 untuk projek mengatasi masalah banjir di Felda Lok Heng.

9.RM300,000 untuk projek jalan kedai di gugusan Felda Waha.

10.RM250,000 untuk projek jalan pertanian di Tanjung Gemok, Sedili.

11.RM250,000 untuk membina Restoran Terapung Komuniti Penduduk Telok Sengat.

12.RM200,000 untuk membina kuil di kawasan parlimen Kota Tinggi.

13.RM200,000 untuk projek naik taraf Pantai Telok Mahkota.

14.RM150,000 untuk menaiktaraf masjid Tanjung Sedili.

15.RM100,000 untuk projek pencahayaan tebing Sungai Johor di Laman Sri Lanang.

16.RM19,000 untuk menaiktaraf surau Kampung Belading Baru, Kota Tinggi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil hak milik tanah kepada 222 pemohon dari Felcra Sedili Besar (peringkat 3).

Pada majlis itu, beliau juga memaklumkan bahawa sijil hak milik tanah bagi 80 pemohon dari Felda Tenggaroh Selatan akan diserahkan selepas Aidilfitri ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa isu hak milik tanah bagi Kampung Sg Sembilang, Felda Lok Heng Barat, Timur dan Selatan akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial