Petugas Media PAU 2016 Terima Kunjungan Menteri Besar Johor


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Dato’Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa untuk beramah mesra dengan petugas-petugas media di Laman Media, hari ini.

Dalam lawatan kira-kira 30 minit itu, beliau turut mengambil peluang untuk menjenguk studio stesen-stesen penyiaran dan menghulurkan sumbangan beg.

Lawatan itu adalah bagi menghargai petugas-petugas media yang bertugas sepanjang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang masuk hari keempat hari ini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah perwakilan UMNO Sekijang, Datuk Ayub Rahmat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial