PFAM : TMJ CALON TERBAIK

0r6d4dgh

PENAUNG Diraja Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disifatkan antara calon terbaik mengisi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andai Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Hairuddin Omar menyifatkan Tunku Ismail individu komited dan terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan itu untuk melayakkannya dipilih bagi menerajui kepimpinan bola sepak negara ini.

"Bukan mahu mengampu atau membodek tetapi dalam situasi sekarang, beliaulah paling layak gantikan Presiden FAM sekarang (andai beliau letak jawatan).

"TMJ masih muda tapi visi beliau terhadap bola sepak sangat tinggi," katanya menerusi Facebooknya.

Sebelum ini media melaporkan, Tengku Abdullah memberitahu bahawa beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM kepada individu lain yang lebih layak dan ia akan dilakukan secara berperingkat.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial