PIALA MALAYSIA CUKUP PENTING BAGI PASUKAN – SAFEE SALI

JDT terus dahagakan kemenangan dengan menjadikan pasukan ATM sebagai mangsa terbaharu untuk mencerahkan peluang mereka melolosi Kumpulan B Piala Malaysia pada Sabtu.

Bagi pengendali JDT, Mario Gomez, tiga mata amat penting buat kedua-dua pasukan. Meskipun menghormati ATM, Gomez menegaskan anak buahnya tidak akan memberi laluan mudah buat lawan. 

Gomez dijangka melakukan sedikit rombakan bagi mengelak risiko kecederaan pemain tonggak pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC berdepan Al Qadsia 20 Oktober ini. 

Penyerang Safee Sali menegaskan barisan pemain Harimau Selatan turut memandang serius saingan Piala Malaysia musim ini, biarpun pucuk pimpinan kelab itu lebih mengutamakan kejuaraan Liga Super. 

"Piala Malaysia cukup penting bagi pasukan. Saya rasa ini piala paling lama di Malaysia. 

"Kita tak nak ketinggalan untuk merebut kejuaraan pada edisi ini. 

"Pemain JDT mahu tutup musim ini dengan cemerlang dan cuba merangkul Piala Malaysia kali ini," kata penyerang kebangsaan itu.- ASTRO ARENA
 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial