Piala Sultan Johor platform Malaysia tingkat prestasi

JOHOR BAHRU: Penganjuran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun diharapkan mampu menjadi landasan terbaik kepada skuad hoki negara untuk meningkatkan  prestasi mereka.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata walaupun Malaysia menduduki ranking ke-13 dunia, ia bukan penghalang kepada skuad negara untuk memenangi Piala Sulta Johor melalui pertandingan ini.

“Dengan sokongan peminat tempatan dan semangat juang yang tinggi daripada pasukan kita, Malaysia mampu untuk member saingan sengit sekali gus member kebanggaan kepada kita semua.

“Kemampuan pasukan kebangsaan untuk member tentangan sengit sebenarnya telah pun dapat dibuktikan sebelum ini apabila Malaysia muncul juara pada penganjuran kali pertama Piala Sultan Johor iaitu pada 2011 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun, di Hotel Thistle, di sini.

Ujar Khaled, selepas empat kali penganjuran Piala Sultan Johor, industri sukan hoki di Johor semakin mendapat tempat dan minat khususnya daripada kalangan pelajar sekolah.

“Buktinya, bilangan penyertaan dikalangan pelajar sekolah dalam kejohanan hoki yang dianjurkan di daerah-daerah di Johor semakin meningkat saban tahun.

“Inilah yang kita mahukan iaitu melihat negeri Johor terus mampu melahirkan bakat dan pemain baru sekaligus menyumbang kepada pembangunan sukan hoki tanah air,” katanya.

Kejohanan merebut Piala Sultan Johor pada tahun ini menghimpunkan enam pasukan yang bertanding, iaitu Australia, Great Britain, New Zealand, Pakistan, India dan Malaysia.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial