Pilih pemimpin berfikiran maju, akhlak terpuji – UMNO Johor

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO digesa memilih pemimpin yang mempunyai pemikiran termaju dan akhlak yang terpuji.

Jurucakap Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata, ia adalah salah satu cara untuk menarik minat generasi muda kepada UMNO.

“Pemimpin berpemikiran termaju mampu berfikir dan membuat keputusan mendepani zamannya.

“Sebagai contoh, Allahyarham Tun Abrul Razak. Semasa Felda ingin diwujudkan, ada yang kata mengapa hantar Melayu ke hutan? Namun kini, ia adalah satu-satunya perkampungan Melayu dan umat Islam paling tersusun di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini semalam.

Selain itu, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, berkata, UMNO Johor turut menyokong penuh langkah ke arah meremajakan parti itu.

Sambil menjelaskan peremajaan itu bukan hanya mengisi pemimpin pemuda ke jawatan tertentu, beliau berkata, proses peremajaan itu perlu mempunyai definisi yang tepat.

“Peremajaan bukan sekadar mengisi pemimpin muda ke jawatan tertentu, bukan bermaksud memberi habuan jawatan kepada pemimpin-pemimpin muda tetapi peremajaan itu bermaksud meremajakan pemikiran tindakan pemimpin UMNO yang sedia ada.

Peremajaan yang ingin dibawa oleh UMNO Johor adalah penggabungan antara orang lama dan orang baru,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial