Pinewood sasar pelaburan RM1.9 bilion

unnamed (1)KOTA ISKANDAR: Pinewood mensasarkan untuk menarik produksi luar negara melabur di sini dengan nilai pelaburan RM1.9 bilion antara tempoh 2013 hingga 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, unjuran itu dijangka akan mewujudkan kira-kira 11, 000 peluang pekerjaan (freelance) di negeri ini.

Katanya, kewujudan peluang-peluang itu berupaya menarik pelabur, syarikat dan professional untuk menyertai rantaian produksi media seperti pra-produksi, produksi, pos-produksi, pengedaran, logistic, makanan, sewaan peralatan, bahan binaan, hospitaliti dan pelbagai perkhidmatan lain.

“Kehadiran tenaga pakar dengan teknologi terkini membolehkan berlakunya proses pemindahan teknologi dan ilmu serta kepakaran bagi memperkasa keupayaan bakat-bakat usahawan kecil dan sederhana tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini semalam.

Tambah beliau lagi, impak pembangunan industri kreatif di negeri ini dapat mewujudkan ekosistem industri kreatif yang kondusif di Iskandar Malaysia sekali gus membolehkan harta intelek negara memperolehi pengiktirafan antarabangsa terutama dalam perfileman dan televisyen.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial