PM KUPAS ISU 1MDB, DERMA 2.6B SABTU INI

image (6)

RANTAU PANJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membincangkan isu 1MDB dan derma RM2.6 billion, ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Lubok Jong jam 3 petang, Sabtu ini.
 
Pengerusi Sambutan dan Protokol, Mukhtar Mustafa berkata, isu kehilangan wang 1MDB sebanyak RM42 billion dan kemasukan wang derma dalam akaun peribadi juga akan dikupas pada hari yang sama.
 
Menurutnya, kehadiran Perdana Menteri akan disambut dengan 160 dulang pulut kuning dengan diselangi paluan gendang dan 100 pesilat.
 
“Sebaik di pentas, Ketua Umno Rantau Panjang akan memakaikan tengkolok kepada Datuk Seri Najib sebagai melambangkan simbolik tema sambutan, tradisi dan adat istiadat Melayu.
 
“Majlis pada jam 1 petang ini, akan bermula dengan pertandingan mewarna oleh 3,000 kanak-kanak pra tadika, murid berusia 7 dan 8 tahun serta 9 dan 10 tahun.
 
“Hadiah berjumlah RM1,100 menanti pemenang pertandingan tersebut, malah cabutan bertuah berupa motosikal, basikal, 100 hamper dan 20 telefon bimbit menanti penduduk bertuah,” katanya.
 
Selain itu, Mukhtar berkata, pulut semangat tercantik akan menerima hadiah berupa wang tunai RM350, tempat kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM250), manakala 10 saguhati berjumlah RM1,000.
 
Sementara itu, Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Rantau Panjang akan diadakan di Dewan Utama Kemas Lubok Jong, Jumaat ini.
 
Majlis yang dijangka bermula jam 2.30 petang itu juga akan dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial