PM Saksikan Kerjasama Strategik Bandar Pintar, Pembukaan Hotel Phoenix Di Forest City

img_1705

 

ISKANDAR PUTERI, 6 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pagi ini menyaksikan Majlis Menandatangani Inisiatif Strategik dengan kerjasama 36 rakan-rakan strategik di Hotel Phoenix, Forest City.

Perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang.

Menurut kenyataan media Country Garden Group, kerjasama inisiaitif strategik berkenaan adalah ke arah usaha membangunkan bandar pintar dan hijau pertama di empat buah pulau di Forest City.

Antara rakan-rakan strategik terlibat merangkumi pelbagai organisasi terkemuka termasuk pembuatan, perubatan penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, pelancongan, perkhidmatan kewangan, teknologi baru, bandar pintar dan bangunan hijau.

Perkara itu dilihat mampu memperkasa Forest City dalam usaha menjadi hab ekonomi sekaligus melengkapi Iskandar Malaysia.

Malah ia juga mampu memacu aktiviti perniagaan baharu bagi mewujudkan perbandaran yang mapan.

Sembilan daripada rakan strategik berkenaan antaranya termasuk Huawei, Cisco, Accenture, Midea, China Construction Steel Structure Corporation, Deutsche Bank (Asia Pacific) dan Bank of China (Malaysia) disenaraikan sebagai syarikat-syarikat Fortune 500.

Pada majlis sama, Najib turut menyempurnakan Majlis Perasmian Hotel Phoenix.

Pembangunan hotel berkenaan terletak dalam keluasan 4.2 ekar di atas pulau iaitu salah satu projek Forest City.

Ia dibangunkan oleh Country Garden Pacificview Sdn Bhd, yang telah membina lebih 50 buah rangkaian hotel di China.

Majlis tersebut diadakan dalam rangka lawatan kerja Perdana Menteri ke negeri Johor yang memasuki hari kedua, hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview, Daing A. Malek Daing A. Rahaman dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial