PM,TPM Hadir Buka Puasa di Saujana

JOHOR BAHRU:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kira-kira 1,000 anggota UMNO Johor pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan UMNO Johor di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, dekat sini.

Najib yang juga Presiden UMNO, tiba untuk majlis pada kira-kira 7.00 malam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Terdahulu pada sebelah petang, anggota-anggota UMNO dari kesemua 26 Bahagian dari seluruh Johor mengadakan Tadarus dan Khatam Al-Quran.

 
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial