POLIS NAFI BERITA PENEMUAN EMAS DI KUNAK

ab2e48dfe414e3bdf218be928e70a62c_XL

KUNAK: Polis menafikan dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang pekerja ladang menemui emas di sebuah terowong tanah kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ab Rashid Abdullah berkata pihaknya telah membuat siasatan terhadap perkara itu dan mendapati berita itu adalah palsu, direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya telah arahkan pegawai untuk ke kawasan itu untuk menyiasat…kita meminta orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat tidak benar itu," katanya ketika dihubungi Bernama. 

51440036766_freesizeAntara gambar palsu tentang terowong tanah zaman Jepun yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp. -Foto WhatsApp

Hari ini, orang ramai tertanya-tanya berikutan penyebaran berita tersebut.

Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby itu, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang semasa Perang Dunia II.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial