POLITIK MATANG LAHIR JIKA UMNO SEDIA BERUBAH

image (9)

JOHOR BAHRU – Umno Johor menyambut baik cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) berperanan merangka pelan komprehensif dan inklusif bagi pembiayaan politik.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa ini dijangka akan melakukan proses perundingan serta mendapatkan maklum balas di semua peringkat.

Menurutnya,  proses penubuhan jawatankuasa ini perlu mengambil kira pandangan semua pihak dalam usaha Kerajaan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap tadbir urus dan sumber kewangan parti-parti politik.

"Kita berharap dengan penubuhan jawatankuasa ini akan membawa ke arah ketelusan (transparency) dan keterbukaan dalam berpolitik yang seharusnya menjadi asas bagi sesebuah negara yang demokratik.

"Penubuhan jawatankuasa ini juga dilihat sebagai suatu isyarat jelas mengenai kematangan amalan demokrasi di Malaysia. Kematangan politik ini pula lahir daripada kesediaan Umno untuk melakukan suatu anjakan baharu politik negara dan bukan sekadar retorik semata-mata," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak, baru-baru  ini berhubung penubuhan JKNMPP.

Beliau berharap agar melalui peranan yang akan dimainkan oleh jawatankuasa ini mampu mengimbangi dan mengawal pengaruh serta kuasa luar daripada mencampuri hal ehwal politik serta urusan pentadbiran negara.

"Lanjutan daripada penubuhan jawatankuasa ini, kita amat berharap ianya akan mengambil kira semua aspek penting bagi mengembalikan keyakinan khalayak.

"Ia termasuk aspek tadbir urus parti-parti politik dalam negara dan menyeru semua pihak termasuklah parti pembangkang untuk menyambut baik inisiatif yang telah diumumkan ini," katanya.- SH

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial