PPJ, STAI Natuna Riau Jalin Kerjasama Berkaitan Penulisan Sejarah Dan Persuratan Melayu

img_0730
Amiruddin ketika menandatangani MoU bersama STAI yang diwakili Umar Natuna (kanan) sambil disaksikan Setiausaha 1 PPJ, Rosli Bakir (kiri) dan Setiausaha 2 PPJ, Mohd Khatim Othman (dua kiri).

RIAU, 30 Okt – Persatuan Penulis Johor (PPJ) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Natuna, Riau, Indonesia mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan, penulisan dan penerbitan berkaitan bahasa, persuratan dan tamadun Melayu.

Ketua 1 PPJ, Amiruddin Md Ali Hanafiah berkata perjanjian itu dijangka mampu meningkatkan pembangunan modal insan kedua-dua pihak dalam bidang berkenaan.

Jelas beliau, langkah itu merupakan satu daripada bentuk kerjasama strategik PPJ ke arah menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu berkepentingan global, sebagaimana yang dihasratkan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

“Kita sentiasa mengalu-alukan tawaran dan kerjasama daripada pihak luar terutama yang berkaitan dengan penulisan sejarah dan persuratan Melayu.

“Undangan STAI Natuna merupakan langkah terbaik untuk kami menyahut saranan Dato’ Mohamed Khaled menerusi ucapannya dalam Seminar Tamadun Melayu Serantau pada Oktober 2015,” katanya dalam satu kenyataan kepada Jauhar, hari ini.

STAI diwakili Ketua 1, Umar Natuna Ag, MPDI.

Amiruddin mengetuai rombongan PPJ ke Natuna bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Tamadun Melayu dan Transformasi Masyarakat Ekonomi Asean; Perspektif Natuna Cerdas, Mandiri dan Berkeadaban yang diadadakan di sini, bermula semalam.

Seminar dua hari itu turut dihadiri wakil dari Gapena Malaysia, Universiti Brunei Darussalam, Pusat Pendidikan Nusantara, Universiti Songkla Thailand dan Pusat Bahasa Melayu Singapura.

 

img_0729

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial