PREMIS PERNIAGAAN BAWAH MPJBT PUNYAI MASA 3 BULAN UNTUK PENYERAGAMAN PAPAN IKLAN

MPJBT

JOHOR BAHARU – Semua premis perniagaan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT) di sini diberi masa sekurang-kurangnya tiga bulan lagi untuk melaksanakan pemasangan papan iklan bersaiz 20 kaki x 4 kaki (6.1 m x 1.2m) atau lebih kecil dari saiz berkenaan.

Yang Dipertua MPJBT, Dr Badrul Hisham Kassim berkata, pemasangan papan iklan mengikut saiz itu akan diwajibkan bermula 1 Januari tahun depan dan kesemua premis telah dimaklumkan mengenainya sejak awal tahun ini.

"Kita telah beri tempoh dari awal sehingga hujung tahun ini untuk mereka laksanakan.

Jika mereka masih gagal melakukannya, kita terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menurunkan papan iklan tersebut selain tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka," katanya dalam sidang media, di sini Isnin.

MPJBT melaksanakan penguatkuasaan papan iklan itu berikutan ketidakseragaman papan iklan bersaiz besar di kawasan pentabdirannya – BERNAMA

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial